PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan PJU 1A/4A, Ara Damansara di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.47 pagi itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun cuba mengelak sebuah kereta yang sedang membuat pusingan u di hadapan Pacific Place di sini.