Misi menyelamat budak jatuh perigi masuk peringkat akhir
Iklan
BAB BERRED - Pasukan penyelamat Maghribi memasuki peringkat akhir dalam usaha menyelamat budak lelaki yang terperangkap lebih 72 jam dalam sebuah perigi.
Rayan berusia 5 tahun terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen sejak Selasa lalu dan usaha membawa keluar mangsa sedang dipergiatkan.