Kebakaran hutan paya gambut makin merebak
Iklan
Kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong. - Foto Bernama
KUALA NERUS - Kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong, Setiu didapati masih terus merebak meskipun operasi pemadaman oleh pihak bomba sudah memasuki hari ketujuh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Terengganu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II, Mohd Salahuddin Isa berkata, pada awalnya kebakaran melibatkan sekitar 57 hektar sahaja, namun kini ia merebak sehingga 64 hektar.
Iklan
Iklan
Katanya keadaan itu berlaku ekoran perubahan aliran angin yang terlalu cepat sehingga api merebak ke kawasan berdekatan, menyebabkan bomba menghadapi kesukaran, ditambah dengan masalah tiada punca air di sesetengah kawasan.
"Pada waktu petang keadaan menjadi lebih buruk ekoran perubahan keadaan angin yang menyebabkan asap tebal dan api bagaikan ‘melompat’ ke kawasan yang belum terbakar,” katanya.
Iklan
Beliau berkata bagi mempercepatkan operasi, pihaknya menerima pelbagai bantuan termasuk daripada pemilik ladang berdekatan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Daerah Setiu, dan menurutnya sehingga hari ini pihaknya berjaya memadam api sehingga 40 hektar daripada keseluruhan kawasan kebakaran.
Operasi yang menggunakan kekuatan seramai 110 anggota daripada 10 balai bomba dan penyelamat dari seluruh negeri itu ditangguhkan pukul 6.30 petang dan akan disambung semula pada 7.00 pagi esok.
Iklan
Kebakaran hutan paya gambut itu bermula sejak 11 Mac lepas dan mula merebak ke keluasan 57 hektar pada hari kedua operasi pemadaman dijalankan. - Bernama
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Hidangan ikan baung masak tempoyak merupakan menu wajib dicuba bagi pengunjung yang melalui Kampung Basung, Hulu Terengganu untuk ke destinasi tumpuan pelancong di Tasik Kenyir, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pemilik restoran Mr Baung, Latifah Abdullah, 53, berkata, sepanjang musim cuti persekolahan kali ini, premisnya menerima peningkatan jumlah pelanggan sehingga mencecah 1,000 orang sehari.
Menurutnya, disebabkan sambutan hangat itu mereka perlu menambah kuantiti hidangan tersebut daripada 50 kilogram (kg) pada hari biasa kepada 200kg.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667876/edisi/terengganu/hidangan-baung-masak-tempoyak-jadi-buruan-musim-cuti-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com