Kerajaan Selangor anggar kerugian akibat banjir berjumlah RM1.4 bilion
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menganggarkan kerugian akibat banjir yang melanda negeri itu pada Disember tahun lepas adalah sekitar RM1.4 bilion termasuk kos baik pulih infrastruktur kira-kira RM400 juta.
Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari berkata, jumlah itu dikira secara kasar iaitu melibatkan 100,000 rumah atau keluarga yang terjejas dengan anggaran kerosakan paling minimum iaitu RM10,000.