Ujian RBTag: Langkah awal pemimpin berkualiti

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

UJIAN psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) yang diperkenal merupakan satu alat pengukur kebolehpercayaan seseorang individu berkaitan tahap integriti masing-masing.

Inisiatif yang dilaksanakan itu bukan bertujuan menjatuh atau melemahkan seseorang, tetapi ia bagi menunjukkan betapa seriusnya komitmen semua pihak dalam melawan rasuah.

Iklan
Iklan

Ketua Sekretariat #Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, calon yang serius untuk membanteras rasuah dalam politik negara seharusnya menggunakan peluang yang telah disediakan ini.

Ia bukan sahaja dapat menilai kredibiliti masing-masing, tetapi berupaya memberikan nilai tambah bagi memberikan keyakinan kepada pengundi untuk mengundi sama ada di Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) yang ditandingi.

Iklan

Sehingga hari ini, terdapat dua parti yang bakal bertanding di PRN Johor telahpun bersetuju untuk menjalani ujian tersebut sebagai bukti bahawa mereka sentiasa telus dan tidak melakukan aktiviti yang menjatuhkan kredibiliti masing-masing.

Antara parti yang bersetuju adalah parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti pejuang Tanah Air (Pejuang) dan diharapkan lebih banyak lagi bersetuju untuk melakukan ujian tersebut.

Iklan

Bersatu merupakan parti terawal yang menggunakan khidmat ini iaitu semasa di PRN Melaka lalu.

RBTag merupakan satu langkah awal dan juga baik bagi seseorang ahli politik menjadi pemimpin yang berkualiti kepada rakyatnya.

Semestinya apabila seseorang pemimpin bebas daripada rasuah, negeri mahupun negara yang dipimpin akan berada dalam keadaan yang baik.

Sesungguhnya gejala rasuah adalah satu perbuatan yang mampu menyebabkan sesebuah negara hancur tambahan ia juga menyebabkan ekonomi merosot kerana pelabur luar takut untuk berlabur di negara tersebut.

Seharusnya, RBTag dapat diperluaskan kepada seluruh negara terutama kepada penjawat awam. Ini bagi menguji tahap ketelusan seseorang tersebut.

Jika ada kecenderungan seseorang itu melakukan rasuah, mungkin pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh mengambil langkah-langkah intervensi.

Sebagai contoh, perbaiki sistem kerja supaya dapat mengurangkan peluang untuk sebarang salah guna kuasa dan rasuah, laksanakan sistem penggiliran kerja atau lakukan kempen berterusan kepada penjawat awam.