Polis Perak keluar 1,446 saman
Iklan
Foto 123RF
IPOH - Polis Perak mengeluarkan sebanyak 1,446 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Selamat 17/2022 Tahun Baharu Cina yang dijalankan di 12 lokasi pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, memandu laju merupakan kesalahan tertinggi dikesan dalam kalangan pengguna jalan raya yang menyaksikan sebanyak 1,247 saman dikeluarkan dalam operasi dari 8 pagi hingga 7 malam tadi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 65 kesalahan adalah berkaitan nombor plat kenderaan, 45 membabitkan tali pinggang keledar dan 35 tiada lesen memandu.
"Sejumlah 23 saman juga dikeluarkan atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM), tujuh membabitkan penggunaan telefon bimbit dan empat kerana tidak mematuhi lorong betul serta kesalahan lain," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Azizan juga berkata, polis menahan seorang lelaki orang asli berumur 31 tahun yang beralamat di Kampung Mangsok, Rancangan Penempatan Semula Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan kerana disyaki menunggang motosikal dalam keadaan mabuk semalam.
Katanya, lelaki yang bekerja di sebuah kilang kayu itu ditahan pada kira-kira 1 pagi di Ipoh dalam Op Mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lari ke lombong, menyorok bawah katil elak dicekup imigresen"><meta itemprop="description" content="Cubaan puluhan pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertukar menjadi drama apabila sebahagian daripada mereka nekad melarikan diri ke kawasan lombong berhampiran rumah kongsi di tapak pembinaan kondominium di USJ 23, Subang Jaya, awal pagi Sabtu.
Serbuan kira-kira jam 1.55 pagi itu digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor serta Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793024/berita/semasa/cubaan-pendatang-asing-tanpa-izin-loloskan-diri-dari-serbuan-di-subang-jaya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-22T03:47:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ddSvs1gYHlQPmQpms/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazptva"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazptva"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazptva"></script>