Kerani rugi RM109,200 terpedaya tawaran komputer riba tidak wujud
Iklan
Seorang kerani kerugian RM109,200 selepas terpedaya dengan tawaran tidak wujud pembelian komputer riba secara dalam talian pada dua minggu lalu. - Gambar hiasan/Foto 123RF (Gambar kecil: Mohd Wazir)
KUANTAN - Hasrat seorang kerani membeli tiga komputer riba bukan sahaja tidak kesampaian, malah dia kerugian RM109,200 selepas terpedaya dengan tawaran tidak wujud sindiket penipuan yang menawarkan pembelian barangan itu secara dalam talian pada dua minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 32 tahun berkenaan sebelum itu berurusan dengan seorang lelaki menerusi nombor talian WhatsApp selepas melihat iklan penjualan komputer riba itu di laman sosial Instagram.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan tawaran diberikan kemudian telah memasukkan wang deposit sebagai tanda persetujuan sebelum diarahkan untuk memindahkan lebih banyak wang secara dalam talian ke lima akaun berbeza yang diberikan suspek atas pelbagai alasan.
"Mangsa telah diperdaya untuk membuat pelbagai bayaran termasuk kos penghantaran, kad jaminan, cabutan bertuah, cukai kastam dan sebagainya hingga mendorongnya membuat semua bayaran yang diminta.
Iklan
"Dalam tempoh 20 hingga 22 Januari lalu, mangsa telah membuat 15 transaksi pembayaran ke lima akaun bank berbeza bagi tujuan itu. Namun selepas semua bayaran dibuat, mangsa gagal menerima komputer riba yang dipesan dan meminta wangnya dikembalikan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Wazir berkata, mangsa bagaimanapun gagal menerima kembali wangnya sebelum tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada Isnin kerana mengesyaki telah ditipu.
Iklan
"Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Polis turut mengesan pemilik lima akaun bank yang digunakan dalam kes itu bagi membantu siasatan," katanya.
BERITA SEMASA 6 MEI 2025
Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Isnin menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Majistret Suhaila Shafi'uddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih belum mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor susulan terdapat perkembangan baharu terhadap kes pembunuhan itu.
Pihak pendakwaan dikendalikan Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh, Muhammad Haikal Mahfuz diwakili peguam Syahril Anuar Harun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663117/berita/semasa/status-pindah-kes-bunuh-bella-ke-mahkamah-tinggi-ditentukan-20-mei-ini
Muzik: Elevate dari www.bensound.com