[VIDEO] Tular kes gaduh tuduh telefon dicuri, dua lelaki ditahan
Iklan
Rusuhan mengakibatkan kenderaan mangsa dirosakkan dengan menggunakan kerusi plastik, batu dan kon plastik. - Foto tular
IPOH - Dua lelaki ditahan berkait kes rusuhan membabitkan sekumpulan individu termasuk pekerja penghantar makanan di hadapan sebuah restoran di Station 18 di sini yang videonya tular di media sosial pada Jumaat.
Kejadian sekitar jam 10.30 malam itu disyaki berlaku disebabkan salah faham berhubung satu kes curi telefon bimbit.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun itu ditahan di lokasi kejadian selepas dipercayai terlibat dalam rusuhan berkenaan.
Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar jam 11.51 malam melibatkan mangsa yang memandu sebuah kereta yang dituduh mencuri telefon bimbit.
Iklan
"Berikutan tuduhan itu, telah berlaku kejar-mengejar antara lelaki itu dengan suspek hingga mengakibatkan kereta dipandu melanggar kenderaan lain.
"Kejadian itu telah mengakibatkan berlakunya rusuhan membabitkan sekumpulan pekerja penghantar makanan.
Iklan
"Dalam kejadian itu, kenderaan lelaki terbabit telah dirosakkan dengan menggunakan kerusi plastik, batu dan kon plastik," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan salah faham dan tuduhan curi telefon bimbit oleh mangsa tidak dapat dibuktikan.
Katanya, setakat ini dua lelaki telah ditahan bagi siasatan kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun sama atas perbuatan khianat.
"Saki baki suspek yang terlibat kini sedang dikesan bagi membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk memberi keterangan," katanya.
Mior Faridalathrash turut menasihatkan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi mengelak kekeliruan dan kegusaran masyarakat.
Pada Jumaat, tular beberapa video dan gambar di media sosial memaparkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta.
Turut tular sekumpulan individu bertindak agresif merosakkan kenderaan dipercayai milik mangsa hingga remuk dan cermin pecah.
Rusuhan bagaimanapun berjaya disuraikan dengan kehadiran polis.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>