PRN Johor: Hasrat UMNO-BN bertanding solo semakin pasti

Iklan

SHAH ALAM – Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin menjadi kenyataan.

Pada Ahad lalu Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, gabungan tersebut akan bertanding di semua 56 kerusi DUN dan tidak memerlukan kerjasama dengan mana-mana parti yang berada di luar BN.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, BN Johor akan cadangkan kepada BN Pusat untuk bertanding sendirian dalam PRN kerana yakin BN boleh menang di bawah gabungan itu.

Perkara itu seolah-olah mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Isnin menyatakan bahawa UMNO akan bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Iklan

Kata beliau, UMNO Johor lebih cenderung untuk parti itu bergerak sendiri bersama Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu ditambah dengan amanat Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menekankan tumpuan untuk memastikan kemenangan besar pada PRN kali ini sewaktu pertemuan bersama komponen BN Johor semalam.

Iklan

Amanat yang disampaikan oleh Zahid itu berpaksikan komposisi kaum di Johor adalah pelbagai dan berbilang seperti mana komposisi kaum di seluruh Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Zahid juga dilihat bekeyakinan mahu membuktikan bahawa UMNO dan BN mampu menang besar pada PRN Johor sekaligus memberi isyarat terhadap keupayaan parti bagi menghadapi PRU akan datang.

Ini bermakna PRN Johor kali ini membuktikan bahawa kerjasama Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) tidak akan berlaku.

Namun tidak bagi Pas Johor apabila parti itu masih berharap dengan penyatuan Muafakat Nasional (MN) pada PRN Johor.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam masa terdekat.