Tabung khas bantu anak Johor pulang mengundi

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM – Sebuah tabung khas diwujudkan bagi membantu anak Johor di perantauan pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Seketariat Pulang Undi Johor, Aidi Zuhaili berkata, dana daripada tabung berkenaan akan digunakan untuk anak-anak muda yang berhadapan masalah kos perbelanjaan pulang ke Johor bagi membuang undi.

Iklan
Iklan

"Kita tahu, kali ini Undi 18 akan diperkenalkan buat kali yang pertama, ramai anak muda di luar negeri Johor yang baru memulakan hidup termasuk yang bekerja, belajar dan yang mengundi kali pertama akan bermasalah untuk pulang mengundi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Aidi, kos perbelanjaan pulang mengundi yang tinggi ditambah ramai anak muda terkesan teruk dengan kegagalan pengurusan ekonomi negara termasuk kehilangan pekerjaan dan perniagaan akan merencatkan usaha mereka untuk menunaikan tanggungjawab.

Iklan

"Kami tiada dana, kami bukanlah siapa-siapa, tetapi kami akan berusaha mencari dana daripada emak ayah, pakcik makcik kami dan saudara-mara di Johor serta seluruh negara yang prihatin untuk membantu ramai anak muda Johor pulang mengundi,” ujarnya

Kempen #UndiEk! itu turut mendapat sokongan beberapa pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Mahasiswa UM, Petaling Youth Malaysia, Pergerakan Mahasiswa GPMS, The Good Society Malaysia (Madani) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Iklan

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Pertubuhan Pembangunan Intelektual Malaysia 564490452956 (Maybank).