Rumah ibadat langgar syarat?
Iklan
Arul Kumar menunjukkan laporan rumah ibadat bukan Islam di Negeri Sembilan.
SEREMBAN - Rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, tokong dan gurdwara (rumah ibadat kaum Sikh) di negeri ini perlu diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Exco Sumber Manusia, Perladangan, dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, berdasarkan rekod dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh Negeri Sembilan, hampir semua rumah ibadat didapati melanggar syarat dan peraturan ditetapkan kerana diuruskan persatuan penganut, bukannya jawatankuasa pengurusan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sehubungan itu beliau meminta mereka meminda semula pendaftaran dengan RoS bagi mengelakkan permasalahan pada masa akan datang.
"Berdasarkan statistik, 133 tokong di negeri ini diuruskan oleh persatuan penganut dan hanya 22 diuruskan jawatankuasa pengurusan.
Iklan
"Selain itu, sebanyak 124 kuil diuruskan persatuan manakala 20 (jawatankuasa pengurusan), 13 gereja (persatuan) manakala tiga (jawatankuasa pengurusan) dan semua tiga gurdwara diuruskan persatuan," katanya.
Menurutnya, pendaftaran dibuat dengan menggunakan persatuan kerana kebanyakannya berdepan masalah tanah seperti dibina di atas tanah kerajaan, individu atau syarikat.
Iklan
"Jadi, mereka ambil jalan mudah daftar di bawah persatuan kerana jika daftar di bawah jawatankuasa pengurusan, mereka perlu ada geran tanah untuk dapat kelulusan daripada RoS.
"Bagi yang ada isu tanah, saya harap selesaikan segera sebelum buat pindaan pendaftaran," katanya.
Selain itu katanya, setiap pembinaan rumah ibadat baharu dan kerja-kerja menaik taraf atau pengubahsuaian yang dilakukan perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu.
Katanya, penguatkuasaan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan permasalahan dan semua pihak diharap dapat mengikut peraturan ditetapkan.
"Jika ada yang ingkar, PBT akan terus ambil tindakan roboh. Ini juga berlaku di kawasan saya di Nilai apabila ada yang bina kuil di depan rumah,” katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.