SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan rundingan dengan parti-parti anggota PN bagi memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi selain akan memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah bersedia menghadapi PRN walaupun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibuat tanpa perundingan dengan PN Johor.