RoS tolak pendaftaran parti Sains
Iklan
Parti Aspirasi Sains Malaysia
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak permohonan Parti Aspirasi Sains Malaysia (Sains) untuk berdaftar sebagai sebuah parti politik.
Setiausaha Agung Sains, Afiq Harraz berkata, bagaimanapun RoS tidak menyatakan sebarang alasan atas penolakan permohonan pendaftaran tersebut.
Iklan
Iklan
"RoS melalui e-mel rasmi bertarikh 21 Januari 2022 yang dihantar pada lewat petang Jumaat lalu, menyatakan bahawa permohonan itu telah ditolak.
"Tetapi jabatan tersebut tidak memberikan sebarang sebab atas penolakan tersebut. Sains telah memohon pendaftaran lebih tujuh bulan lalu pada 9 Jun 2021.
Iklan
"Justeru, Sains mengecam sekeras-kerasnya keputusan RoS untuk menolak permohonan kami tanpa memberikan sebarang alasan yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Afiq berkata, Sains akan mengemukakan rayuan kepada RoS terhadap keputusan tersebut.
Iklan
"Kita berharap keputusan rayuan ini akan dibuat dan dimaklumkan kepada kami secepat mungkin.
"Badan Eksekutif Pusat (BEP) parti telah memutuskan untuk menggunakan semua saluran undang-undang sedia ada bagi mempertahankan hak kami sebagai rakyat Malaysia untuk berpersatuan.
"Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan sekiranya keputusan rayuan itu masih dengan tidak adil, menolak permohonan Sains,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>