Srikandi Bersatu perlu mantapkan jentera untuk PRN Johor: Rina
Iklan
Rina - Foto Bernama
SHAH ALAM - Kepimpinan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memantapkan, mengukuhkan dan memperkasakan jentera untuk mengharungi cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yakin dengan kerjasama teguh daripada seluruh jentera untuk terus berjuang.
Iklan
Iklan
"Marilah kita rapatkan saf kita. Saya yakin dengan semangat kerjasama teguh daripada seluruh jentera Srikandi akan memberi iltizam kepada kita semua untuk terus berjuang.
"‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Inilah keluarga Srikandi kita!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Iklan
Dalam pada itu, Rina berkata, mereka akan menunggu arahan seterusnya daripada pucuk pimpinan parti.
"Selain turun padang untuk urusan kerja menyantuni penerima bantuan kebajikan di Pagoh, saya sempat bertemu pimpinan Srikandi di Bahagian Pagoh, Ledang, Muar dan Bakri.
Iklan
"Seperti mana kita sedia maklum, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan semalam.
"Justeru itu, sebagai Ketua Srikandi Malaysia, saya dan pemimpin tertinggi Srikandi akan menunggu arahan seterusnya daripada pucuk pimpinan parti,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang hantar senarai nama calon" /><meta itemprop="description" content="PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang hantar senarai nama calon
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman. 
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKSungaiBakap #PKR" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-06-02T04:21:55.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WOjEK1cN01hYKd5Zp/x180" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8zhtp0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8zhtp0"></script>