RFID: Kabinet putus pengguna perlu diberi pilihan pembayaran tol
Iklan
Lorong tol juga perlu mengekalkan pembayaran TnG dan smartTAG sebagai kebebasan memilih kepada pengguna.
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengguna lebuh raya perlu diberi diberi pilihan sama ada menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio, Touch N Go (TnG), atau smart tag untuk pembayaran tol.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pilihan sama turut telah diberikan kepada pengguna sewaktu peralihan pembayaran tunai kepada TnG dan smart tag.
"Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya. Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau smart tag," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022, dekat sini sebentar tadi.
Iklan
Beliau berkata, lorong tol juga perlu mengekalkan pembayaran TnG dan smartTAG sebagai kebebasan memilih kepada pengguna.
"Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID dan bakinya masih lagi untuk TnG dan smartTAG. Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna lebuh raya," katanya.
Ditanya adakah pemegang konsesi lebuhraya sudah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kerja Raya akan memanggil syarikat terbabit untuk berbincang.
Iklan
"Kalau ada keputusan melibatkan bayaran, rujuk kepada kabinet," katanya.
RFID mula dilaksana secara berperingkat di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari.
Bagaimanapun, pada Isnin lalu, pengguna lebuh raya terpaksa menghadapi kesesakan teruk sehingga 10 kilometer di Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Bandar Seri Putra kerana kegagalan sistem RFID.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>