Kontraktor maut selepas 15 jam dirawat
Iklan
Keadaan Perodua Axia yang dilanggar dari arah belakang oleh kereta yang dipandu mangsa dalam kejadian
GEORGETOWN - Seorang kontraktor maut selepas pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 4.3 Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.
Mangsa berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas 15 jam menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 5.26 petang dan bedah siasat mendapati punca kematian kerana kecederaan parah di kepala.
"Kejadian berlaku pada jam 1.50 pagi melibatkan Toyota Hilux yang dipandu mangsa dengan Perodua Axia dari arah Georgetown ke Perai.
Iklan
"Ketika itu Perodua Axia berada di lorong kiri dan tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh Toyota Hilux menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut berpusing lalu melanggar batu penghadang jalan di sebelah kanan jalan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Tambah beliau, pemandu Toyota Hilux yang cedera dibawa ke HSJ manakala pemandu Perodua Axia yang berusia 38 tahun yang juga tenaga pengajar tidak mengalami kecederaan.
Iklan
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sanggup belanja puluhan ribu ubah suai motosikal, akhirnya disita JPJ"><meta itemprop="description" content="Demi kepuasan hobi dan mahu menonjol dalam kalangan rakan serta pengguna jalan raya lain, ada pemilik motosikal sanggup membelanjakan wang sehingga puluhan ribu ringgit untuk mengubah suai kenderaan mereka secara ekstrem.
Lebih membimbangkan, antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong, ekzos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang (swing arm) yang dipanjangkan sehingga menyebabkan sistem brek belakang tidak dapat dipasang serta pengubahsuaian enjin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805426/edisi/utara/sanggup-belanja-puluhan-ribu-ubah-suai-motosikal-akhirnya-disita-jpja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #JPJ #ubahsuaimotosikal"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T05:35:54.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P124S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby7xui"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby7xui"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby7xui"></script>