Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM: Hassan Karim

Iklan
Ismail Sabri

SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mempertahankan kelayakan pendidikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengatakan bahawa beliau tidak menggunakan sebarang kroni untuk masuk ke Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya (UM).

Beliau berkata demikian selepas mesej tular yang ditulis oleh pengguna media sosial dengan nama Andrew Peris yang mendakwa Ismail Sabri belajar di UM melalui hubungan bapanya sebagai orang kuat UMNO di Pahang.

Iklan
Iklan

"Andrew Peris memfitnah Ismail Sabri apabila dia menyatakan dalam tulisannya bahawa dia mendapat biasiswa untuk belajar di Fakulti Undang-Undang melalui bapanya, orang kuat UMNO di Pahang. Ini adalah palsu dan berniat jahat.

"Ismail Sabri dapat mendaftar di Fakulti Undang-undang di UM berdasarkan meritnya kerana keputusan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) yang baik, bukan kerana mempunyai 'kabel' atau kroni," kata Hassan dalam catatan Facebook pada Ahad.

Iklan

Dalam mesej tular itu, pengguna Facebook Andrew Peris telah mendakwa bahawa keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Ismail Sabri adalah lemah menyebabkan beliau memasuki sekolah vokasional di tingkatan empat.

Seterusnya, Andrew Peris mendakwa bahawa Ismail Sabri gagal Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan pergi ke sekolah swasta untuk mengambil semula peperiksaan.

Iklan

Hassan berkata, dia secara peribadi mengenali bapa Ismail Sabri yang disifatkannya sebagai orang biasa yang bekerja sebagai penoreh getah.

Tambah beliau, jika tidak mengendahkan dakwaan mengenai Ismail Sabri, maka beliau akan gagal kerana membenarkan fakta palsu yang boleh mencemarkan latar belakang akademik Perdana Menteri.

Beliau berkata walaupun menjadi ahli Parlimen pembangkang, dan duduk di pihak lawan dari segi politik, namun mereka bukan musuh tetapi hanya seteru politik.