Laporan mesyuarat isu Azam Baki dibentang di Dewan Rakyat

Iklan
Tan Sri Azam Baki

SHAH ALAM - Laporan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri yang pada Rabu depan bagi membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa berkenaan, William Leong Jee Keen ketika dihubungi berkata, syor berkaitan isu pemilikan saham itu hanya boleh dibuat selepas inkuiri dilakukan.

Iklan
Iklan

"Laporan jawatankuasa dibentang di Dewan Rakyat kepada semua ahli Parlimen dan rakyat boleh mendapat maklumat daripada laporan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin dalam satu pekeliling bertarikh 11 Januari 2022 kepada sembilan ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu memaklumkan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada jam 2 petang.

Iklan

Katanya, mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan bagi 2022 akan berlangsung di Bilik Jawatankuasa 2, Aras 2, Bangunan Blok Utama Parlimen.

Jelasnya, mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu pemilikan saham syarikat Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Iklan

Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai daripada PAS, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Selain Foong Hin, ia turut dianggotai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO); Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria (UMNO); Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau (Gabungan Parti Sarawak); dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS).

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (DAP) dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman (Parti Warisan Sabah).