Kes bunuh pengawal keselamatan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Iklan
Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan kes Ahmad Noor Azhar, 34, (tengah) yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium dua tahun lalu sehingga menyebabkan kematian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh. Foto Bernama
IPOH - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Majistret di sini pada Rabu memerintahkan kes seorang ahli perniagaan yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada Disember 2020 sehingga menyebabkan kematian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Hosna Mohamad Zikri untuk memindahkan kes yang dihadapi Ahmad Noor Azhar Muhammad, 34, ke Mahkamah Tinggi.
Iklan
Iklan
Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64, di Menara Majestic A-7-1, Jalan CM Yusuff di sini antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Iklan
Iklan
Dia sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Thava tetapi pertuduhan dipinda selepas polis mengklasifikasikan semula kematian pengawal keselamatan itu, yang diserang ketika bertugas di kolam renang di kondominium tersebut, sebagai kes bunuh pada 9 September tahun lepas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>