KUALA LUMPUR –"Institusi masjid tidak perlu dijadikan platform untuk menyampaikan hasrat politik kepartian," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Langkah itu, katanya, bukanlah untuk memisahkan agama daripada politik kerana menurutnya, agama Islam atau apa juga agama sekalipun perlu diutamakan berbanding politik.