Cubaan pecah ATM gagal

Iklan
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian yang terletak di Bandar Botanik, Bukit Tinggi pada Jumaat.

KLANG - Sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini cuba dipecahkan dalam kejadian pagi Jumaat.

Difahamkan, tindakan tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila pintu besi ATM berkenaan gagal dipecahkan.