Rakam 'House of Gucci', GSC akan ambil tindakan terhadap adik Neelofa

Iklan
Terdahulu seorang pengguna Twitter, Aysha Ridzuan mempersoalkan tindakan adik Neelofa yang memuat naik beberapa keeping gambar daripada laman Instagram, Little Miss Khan yang merekodkan aksi filem itu. - Foto Astro Awani

GOLDEN Screen Cinemas (GSC) dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang bertindak merakam dan menyiarkan sedutan filem yang ditayangkan di pawagam mereka.

Ia sebagai respon kepada tindakan Little Miss Khan yang merakamkan beberapa babak dalam filem House of Gucci di Instagram Story peribadinya ketika menonton filem berkenaan, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

‘’Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang isu ini secara serius dan sudah melaporkan insiden ini kepada pemilik hak cipta untuk tindakan lanjut, terima kasih kerana melaporkan perkara ini.

‘’Pemilik hak cipta, United International Pictures (UIP) juga sedia maklum akan insiden ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya,’’ katanya.

Iklan
Iklan

Terdahulu seorang pengguna Twitter, Aysha Ridzuan mempersoalkan tindakan adik Neelofa yang memuat naik beberapa keeping gambar daripada laman Instagram, Little Miss Khan yang merekodkan aksi filem itu.