Lima maut, puluhan cedera jambatan pejalan kaki di Mumbai runtuh

Iklan
Sebuah jambatan pejalan kaki di Mumbai runtuh mengakibatkan lima maut.

MUMBAI - INDIA.Sekurang - kurangnya lima orang maut manakala puluhan lain cedera apabila sebuah jambatan pejalan kaki di Mumbai runtuh, semalam.

Menurut juruckap polis Mumbai, Manjunath Singe, tiga mangsa yang maut adalah wanita sementara mereka yang cedera dikejarkan ke hospital.

Iklan
Iklan

Sebuah jentolak dibawa masuk untuk membersihkan lokasi runtuhan yang menghalang laluan jalan raya sibuk di selatan Mumbai.

Jambatan pejalan kaki tersebut menghubungkan laluan ke salah satu stesen kereta api terbesar di Mumbai, Chhatrapati Shivaji Terminus yang digunakan ribuan pengguna setiap hari. - Reuters

Iklan
Iklan