KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya menempatkan lima bot di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, cadangan ini bagi mempersiapkan setiap IPD dalam menghadapi banjir.