Manchester City 'tenggelamkan' Arsenal di Emirates
Iklan
GOL masa kecederaan daripada pemain tengah, Rodri memberikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan di Stadium Emirates, yang menyaksikan tuan rumah beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Gabriel dibuang padang.
Biarpun tanpa pengendali, Mikel Arteta terlepas perlawanan selepas positif Covid-19, The Gunners berjaya mengetepikan kenangan dibelasah 5-0 lawan sama pada Ogos lalu apabila mendahului hasil jaringan minit ke-31 Bukayo Saka yang menyambar hantaran Kieran Tierney.