Luruan monsun dijangka berterusan sehingga Selasa
Iklan
Sumber gambar daripada Facebook MetMalaysia.
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa luruan monsun dijangka berterusan sehingga 4 Januari.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, bacaan tersebut dibuat berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD-WRF); Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).
Iklan
Iklan
Menurutnya, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan bagi perairan pantai timur Semenanjung termasuk timur Johor, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa depan.
"Amaran hujan lebat berterusan (peringkat buruk dan waspada) telah dikemaskini bagi Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 3 Januari, manakala di Kelantan, Terengganu, barat Pahang dan utara Sabah sehingga 4 Januari,” katanya dalam siaran di Facebook MetMalaysia pada Sabtu.
Iklan
Mengulas lanjut, Muhammad Helmi berkata, pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu pada masa yang sama turut berpotensi menyebabkan hujan berterusan berlaku di utara Sabah, Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung.
"Dalam pada itu, barat Sabah dan Sarawak dijangka mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam.
Iklan
"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada laman web www.met.gov.my dan semua platform media sosial untuk semakan lokasi yang berkaitan.
"Selain itu, orang awam juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>