Kerajaan sedia laksana transformasi sistem kehakiman: PM
Iklan
Kerajaan bersedia untuk melaksanakan transformasi di dalam sistem kehakiman bagi memperkukuhkan demokrasi di negara ini.
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia untuk melaksanakan transformasi di dalam sistem kehakiman bagi memperkukuhkan demokrasi di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, transformasi berkenaan seiring dengan Transformasi Parlimen yang sedang dilaksanakan kerajaan.
Iklan
Iklan
Semasa menyampaikan perutusan sempena Tahun Baharu 2022 yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan malam ini, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai pada 13 September lepas.
Beliau berkata, MoU itu berjaya mengatasi cabaran ketidakstabilan politik negara yang berlaku tahun ini.
Iklan
Cabaran berkenaan, katanya, yang mengancam agenda pemulihan dan perpaduan negara keseluruhannya, ditangani atas semangat Keluarga Malaysia dan merentasi perbezaan politik.
"Melalui kestabilan ini, alhamdulillah, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) diluluskan tanpa sebarang pindaan pada 7 Oktober, begitu juga dengan Bajet 2022 turut lulus dengan sokongan majoriti pada 13 Disember lepas.
Iklan
"Saya amat gembira dan terharu apabila Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan sokongan kesemua Ahli Parlimen yang hadir seramai 200 orang,” katanya.
Ismail Sabri berkata, perkara itu membuktikan semangat kesatuan yang dapat dicapai dalam perbezaan dan turut mengucapkan terima kasih kepada setiap Ahli Parlimen yang menyokong.
Selaras dengan nilai kebersamaan yang terangkum dalam konsep dan falsafah Keluarga Malaysia, beliau percaya ahli-ahli Parlimen akan turut menyokong beberapa Rang Undang-undang yang bakal dibentangkan.
"(Ia) Seperti Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, Pindaan Perlembagaan serta lain-lain pindaan undang-undang dan Transformasi Parlimen. Semangat kebersamaan ini sudah pasti akan menambahkan lagi kestabilan politik di negara ini,” katanya.
MoU itu dimeterai kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.
MoU itu mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
Ia juga antaranya menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022 dan kerjasama itu adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa-apa jua permasalahan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>