Anih Berhad minta pengguna rancang perjalanan

Iklan
Anih Berhad menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka memandangkan hujan lebat dijangka melanda kawasan Pantai Timur minggu ini. - Gambar hiasan

KUANTAN - Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka memandangkan hujan lebat dijangka melanda kawasan Pantai Timur minggu ini.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi memberitahu, pemegang konsesi itu sedang memantau paras air di sekitar kawasan laluan utama lebuh raya terbabit.

Iklan
Iklan

"Sungguhpun ia masih selamat pada masa ini, kami akan terus memantau keadaan dan mengemas kini maklumat terkini melalui rangkaian media sosial kami.

"Keadaan ketika siaran ini dikeluarkan, paras air di semua kawasan di sepanjang KLK dan LPT1 berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujarnya lagi, syarikat itu sedang giat mengambil langkah untuk memastikan keadaan kekal terurus.

"Pihak Anih ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kami kekal sebagai keutamaan,” tambahnya.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, sahih dan terkini, sila layari laman rasmi media sosial Lembaga Lebuh Raya Malaysia/Anih Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur.

Orang ramai juga boleh menghubungi di talian LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09-5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat lanjut.