MOTAC lanjut pengecualian fi lesen pengusaha, pemandu pelancong
Iklan
MOTAC bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen serta lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2022.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen serta lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2022.
MOTAC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan keputusan itu bagi membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
Pelanjutan pengecualian fi itu turut diberikan kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen dan telah mendapat keputusan pembaharuan lesen namun tidak dapat membuat bayaran fi lesen disebabkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong mengambil peluang untuk membuat permohonan pembaharuan dalam tempoh ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati.
Iklan
"Kementerian turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pengecualian fi pembaharuan lesen hingga 30 Jun tahun depan melibatkan 2,219 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah RM1,646,100.
Iklan
Sebelum ini, MOTAC telah memberi pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2021 dan seterusnya pada 1 Julai hingga 31 Disember 2021. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>