Noor Hisham mahu petugas kesihatan saling prihatin
Iklan
Noor Hisham.- Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR - Petugas kesihatan diingatkan supaya saling mengambil berat dan menjaga sesama sendiri, sebagaimana mereka menjaga pesakit dalam menghadapi minggu-minggu mencabar akan datang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penting untuk petugas kesihatan menggunakan pertimbangan akal dan melaksanakan semua langkah berwaspada dalam aspek kesihatan awam dan sosial.
Iklan
Iklan
"Kini, kita telah mempunyai peralatan, sumber dan strategi untuk melindungi diri. Kita mengalu-alukan tahun baharu 2022 dengan harapan dan doa, semoga akhirnya, negara menjadi lebih kuat dan bersatu,” katanya menerusi hantaran di akaun sosial media beliau, pada Jumaat.
Beliau berkata, Malaysia selamanya terhutang budi kepada petugas kesihatan dan pengorbanan mereka, memandangkan 2021 merupakan tahun yang mencabar bagi kumpulan itu, terutama individu yang bekerja siang dan malam bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Iklan
"Saya ingin menzahirkan penghargaan tidak terhingga dan rasa bangga kepada anda semua di seluruh negara atas usaha tanpa jemu dan pengorbanan yang melangkaui bidang tugas. Terima kasih kepada setiap petugas.
"Hari ini kita berada dalam situasi krisis dalam krisis, susulan bencana banjir yang melanda negara ketika pandemik. Kita belum melepasi situasi bahaya ini dan harus bersama-sama terus berjuang, selain meneruskan penjagaan kita terhadap pesakit dan rakyat,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>