SEREMBAN - Lima jalan di negeri ini yang terjejas akibat tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir baru-baru ini masih ditutup untuk semua kenderaan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata, ia melibatkan Jalan Felda Titi, Jalan Kampung Renal, Pocket Road FT086 di Jeram Toi, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras di Jelebu dan Stesen Pemancar Gelombang Mikro Gunung Telapak Buruk di Seremban.