MBPJ lancar PJ Smart Centre

Iklan
Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain mendengar penerangan sebelum majlis pelancaran berkenaan.

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan PJ Smart Centre bagi menggalakkan perkembangan 'Knowledge Economy' melalui pembangunan infrastrukur pintar, Smart People dan kerajaan pintar, hari ini.

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata PJ Smart Centre bakal menjadi pusat pengkalan data MBPJ bagi menguruskan dan memantau bandaraya Petaling Jaya dengan lebih cekap dan efisyen.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, fungsi PJ Smart Centre adalah bagi menghasilkan pelaporan bagi setiap papan pemuka (dashboard) yang dibangunkan di mini Smart Centre dalam membantu MBPJ membuat sesuatu keputusan dan pengurusan bandar raya Petaling Jaya.

"Data-data yang dihasilkan di mini Smart Centre juga akan dipaparkan serta dipantau di pusat data PJ Smart Centre," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Azizi berkata, buat masa ini MBPJ telah membangunkan sebanyak tiga mini Smart Centre yang mula beroperasi di Jabatan Perancang Pembangunan, Jabatan Penguatkuasaan dan Unit Komunikasi Korporat.

Tambah beliau, bagi perancangan masa hadapan, MBPJ bercadang untuk membangunkan 10 mini Smart Centre di beberapa jabatan lain pada tahun ini.

Iklan

"Selain itu, MBPJ turut mempunyai perancangan bagi membina mini Smart Centre di kawasan-kawasan kejiranan sekitar Petaling Jaya," katanya.