Amaran hujan berterusan di timur Sabah mungkin lanjut
Iklan
KUALA LUMPUR - Amaran hujan berterusan yang sedang berkuat kuasa sehingga esok bagi kawasan di timur Sabah, berpotensi berlanjutan sehingga 3 Januari depan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini menjelaskan keadaan itu berikutan luruan monsun sedang berlaku dan dijangka akan berlanjutan sehingga 3 Jan depan, malah pada masa yang sama ribut petir juga dijangka boleh berlaku di seluruh Sabah.