Raja Arab Saudi zahir simpati banjir di Malaysia
Iklan
RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejadian banjir yang telah melanda beberapa buah negeri di Malaysia dan mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Menurut kenyataan Baginda yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi (SPA) baru-baru ini, Baginda menerima khabar berita mengenai banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia yang telah menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan.