JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi ‘TeamAzizul’ menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan di Pahang dan Selangor.
Menerusi hantaran di media sosial pada Ahad, pelumba yang diberi gelaran ‘The Pocketrocketman’ itu memaklumkan sumbangan inisiatif TeamAzizul untuk mangsa di Temerloh dan Sepang, atas dasar tanggungjawab serta prihatin sebagai rakyat Malaysia.