Aksi Arsenal-Wolves ditangguh

Iklan
Stadium Emirates

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates ditangguhkan susulan kes Covid-19 yang melanda kem pelawat, menurut pentadbir Liga Perdana.

"Lembaga Liga Perdana menerima permohonan penangguhan selepas Wolverhampton Wanderers tidak mempunyai jumlah pemain yang diperlukan untuk perlawanan itu akibat beberapa kes Covid-19 dan kecederaan dalam kalangan pemain kelab tersebut," kata liga itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Liga Perdana sebelum ini hanya memberikan penangguhan jika sebuah kelab mempunyai kurang daripada 14 pemain - 13 pemain dan seorang penjaga gol - tersedia, dengan lembaga meneliti permintaan berdasarkan kes demi kes.

Ia adalah perlawanan kedua Wolves yang ditangguhkan musim ini selepas pertembungan Boxing Day di Stadium Molineux menentang Watford turut dibatalkan kerana kes Covid-19 di kem Watford.

Iklan

Terdahulu, perlawanan Leeds United menentang Aston Villa di Elland Road turut dibatalkan kerana kes positif Covid-19 dan kecederaan dalam kalangan pemain Leeds.

Sebanyak 15 perlawanan EPL telah ditangguhkan bulan ini selepas Covid-19 membadai beberapa kelab.

Iklan