Beca Tukang Kasut

Iklan

Pengayuh beca, Ramli Abdullah, 71, membaiki kasut pelanggannya sementara menunggu pelanggan di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini.

Beliau yang mempunyai pengalaman mengayuh beca selama 20 tahun, kini mencari rezeki tambahan dengan membaiki kasut sejak lima tahun lepas.

Iklan
Iklan

Menurutnyai, beliau belajar membaiki kasut daripada adiknya, Halim Abdullah yang mempunyai kedai baiki kasut di Ipoh, Perak.

‘Anak-anak saya suruh berhenti mengayuh beca dan baiki kasut, tapi saya tidak mahu sebab ingin bekerja selagi saya mampu’, kata Ramli.

Iklan

Beliau mengambil masa selama sejam untuk membaiki sepasang kasut dan dikenakan bayaran RM20.

Tambahnya, beliau dapat membaiki kasut antara lima hingga enam pasang kasut yang dihantar oleh pelanggannya di sekitar George Town dan Butterworth.

Iklan

Selain itu, Ramli juga membawa pelancong dengan becanya mengeliling sekitar kawasan Tapak Warisan Unesco dengan bayaran RM40 bagi setiap jam. - Foto Bernama.