DUNGUN - Mural yang memaparkan pelbagai ikon dan kehidupan masyarakat di sebuah kedai kayu ketika tinjauan di Kuala Dungun.
Deretan kedai dua tingkat yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai ‘kedai kayu’ di Kuala Dungun di sini yang masih bertahan hingga kini bukan sekadar tinggalan seni bina tradisional malah menjadi saksi sejarah sebuah bandar yang pernah menjadi nadi perdagangan dan kegiatan ekonomi daerah ini.
Bangunan kayu berkenaan yang dibina pada 1933 mempunyai ciri keaslian seni bina tradisional termasuk penggunaan kayu pada struktur utama dan tingkap walaupun sebahagiannya telah melalui pengubahsuaian mengikut keperluan perniagaan semasa. - Bernama