Palestin lapor lima kes baharu varian Omicron

Iklan
Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Disember. - Foto 123rf

RAMALLAH - Palestin merekodkan lima kes baharu Covid-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra berkata, jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Disember. - Bernama

Iklan
Iklan