Orang ramai harap isu koordinasi dapat diperbaiki
Iklan
V Gunasilan, Mr Luo, Mohd Al Hafiz Nasarudin
HULU LANGAT – Orang ramai mahu kerajaan pusat dan negeri memperbaiki masalah koordinasi supaya isu bantuan lambat tidak lagi berulang.
Peniaga, Mohd Al Hafiz Nasarudin, 29, berpandangan, koordinasi melibatkan kerajaan pusat dan negeri semasa banjir baru-baru ini amat mengecewakan.
Iklan
Iklan
Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Luo, 44, turut bersetuju bahawa masalah koordinasi menyebabkan bantuan kepada mangsa banjir lewat tiba.
"Sebaliknya, bantuan yang disampaikan oleh rakyat pula yang cepat. Sejak ada Covid-19 ini, macam- macam masalah berlaku,” katanya.
Iklan
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 kepada mangsa banjir baru-baru ini.
"Pengeluaran i-Citra ini dapat membantu mereka membeli dan membaiki barang-barang rosak seperti perabot dan kereta. Semua orang memerlukan wang,” jelasnya.
Iklan
Peniaga, V Gunasilan, 31, berkata, koordinasi dan persiapan antara kerajaan pusat dan negeri seharusnya dibuat lebih awal dan bukannya semasa banjir berlaku.
N Devana, Faida Rahim
"Saya lihat aspek ini seharusnya diperbaiki terutamanya pada masa hadapan,” jelasnya.
Pekerja swasta, Faida Rahim, 35, turut berpendapat persiapan menghadapi banjir seharusnya dibuat lebih awal.
"Ini kerana kita tidak mengetahui keadaan dan taburan hujan. Cuaca pula boleh berubah dalam sekelip mata,” katanya.
Tambahnya, aspek komunikasi dan skop tugas juga perlu jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sekali gus memperbaiki sistem amaran awal banjir untuk berfungsi lebih cekap.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>