Tular individu petik ketum bukan anggota bomba
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Individu yang dirakam memetik dipercayai daun ketum dalam satu video tular bukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Satu klip video berdurasi 16 saat tular di media sosial memaparkan beberapa individu yang berseluar celoreng bomba menaiki sebuah bot dan memetik daun ketum di sebuah kawasan yang dinaiki air.