Semua mangsa banjir boleh ambil bantuan di PPS: Rina
Iklan
Rina Harun
SEPANG - Semua mangsa banjir tidak kira sama ada yang tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) atau selainnya, boleh datang mengambil bantuan yang ditempatkan di PPS.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, tidak timbul isu hanya mereka yang tinggal di PPS layak menerima bantuan yang disediakan kerajaan dan disumbangkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Iklan
Iklan
"Ada antara mereka (mangsa banjir) ni tidak tinggal di PPS tetapi terjejas dengan banjir dan memerlukan bantuan.
"Saya dah arahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (membantu) walaupun kita tahu bantuan-bantuan yang diberikan khusus untuk mereka yang duduk di PPS, namun masih ada yang tidak berpindah ke PPS tetapi memerlukan bantuan," katanya di sini pada Khamis.
Iklan
Rina berkata, mangsa banjir yang tidak tinggal di PPS hanya perlu datang dan mendaftar di PPS untuk rekod mendapatkan bantuan yang diperlukan dan bantuan yang ada akan diagih bersama.
Dalam satu hantaran di Facebook Cikgu Fadli Salleh sebelum ini yang berkongsi video yang menunjukkan lambakan barang sumbangan orang ramai yang tidak dibenarkan diambil orang luar dan hanya dikhususkan untuk mangsa banjir di PPS sahaja.
Iklan
Sementara itu, Rina berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berhasrat menghulurkan tenaga membantu mangsa banjir dinasihatkan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada koordinator di PPS bagi memudahkan penyelarasan tugas dan bantuan.
Mengulas keluhan NGO yang mendakwa dihalang oleh pihak tertentu ketika mereka masuk ke kawasan banjir untuk memberi bantuan, beliau berkata PPS mempunyai koordinator dan apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan koordinator untuk memaklumkan bahawa NGO tertentu akan memberi bantuan.
Pada masa sama beliau berharap tidak ada pihak yang menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan mempolitikkan isu berkenaan yang kadang-kadang tidak dapat dipastikan siapa yang menghalang tetapi akhirnya tempelak dibalikkan kepada kerajaan.
Sementara itu, Rina berkata, JKM turut menempatkan kaunselor bertauliah untuk membantu dari segi psikososial mangsa banjir di setiap PPS dan pihaknya akan mengeluarkan senarai kaunselor yang boleh dihubungi mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan kaunseling.
"Ini kerana, mereka bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi dari segi masalah psikologi yang memerlukan bantuan psikososial.
"Dalam keadaan sekarang kami faham emosi mangsa terganggu jadi perlu untuk mereka ini dibantu," katanya sambil menambah kira-kira 1,200 kaunselor sudah digerakkan di PPS Kuala Lumpur dan Selangor. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>