JKNJ siasat kes tular babit rumah tangga kakitangan klinik
Iklan
Dr Aman Rabu
JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menjalankan siasatan berhubung isu integriti yang melibatkan penjawat awam di sebuah klinik kesihatan di negeri ini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya maklum mengenai isu integriti kakitangan klinik berkenaan yang mana ia boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah.
Iklan
Iklan
"Perkara itu dianggap sebagai sesuatu yang serius kerana ia melanggar etika dan integriti penjawat awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. Kita memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Iklan
Sebelum ini, tular satu isu di media sosial melibatkan seorang pegawai kesihatan di sebuah klinik kesihatan di negeri ini apabila isterinya mendedahkan kelakuan curang suaminya itu bersama seorang lagi penjawat awam di klinik yang sama.
Menerusi video yang tular itu, isterinya yang juga pegawai kesihatan membongkar hubungan sulit suaminya, sebelum dia mendakwa diceraikan di hadapan wanita yang menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya.
Iklan
Dalam pada itu, Dr Aman turut menasihatkan semua anggota untuk menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu mahu pun aduan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>