'Jambatan Dengkil-Banting sedang baik pulih bukan makin buruk'
Iklan
SEPANG - Sebuah jambatan menghubungkan Dengkil ke Banting yang runtuh akibat banjir Jumaat lalu kini dalam proses baik pulih oleh pihak kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR).
Kerja-kerja baik baik pulih jambatan FT 31 (Dengkil-Banting), Seksyen 20.80 itu sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa keadaan di lokasi itu semakin buruk seperti tersebar di media sosial pada Rabu.