Celcom salur RM2 juta bantu mangsa banjir
Iklan
Celcom memperuntukkan RM2 juta untuk bantuan dan sokongan kepada mangsa banjir di seluruh negara.
SHAH ALAM - Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk pemberian bantuan dan sokongan terhadap mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Idham Nawawi melalui kenyataan pada Ahad memberitahu, usaha itu digerakkan bersama rakan kongsinya seperti Agensi Bantuan Malaysia (MRA), Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi terlibat.
Iklan
Iklan
Katanya, pasukan rangkaian Celcom juga ketika ini kekal berjaga-jaga untuk tindakan segera bagi menguruskan sebarang gangguan perkhidmatan di kawasan terjejas banjir.
"Pasukan rangkaian Celcom berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak 36 jam yang lalu, memantau dengan teliti tapak rangkaiannya dalam kawasan yang terjejas banjir.
Iklan
"Celcom akan kekal berwaspada dan memastikan pasukan rangkaian di lapangan bersedia untuk meminimumkan sebarang gangguan rangkaian,” katanya.
Setakat jam 11.20 pagi Ahad, jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaru dilanda bencana tersebut.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>