Kerajaan tak akan tutup Malaysia Airlines

Iklan

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Sambil menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu itu telah disalahtafsirkan, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menutup Malaysia Airlines dan syor berkenaan sebaliknya hanya sekadar pilihan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

"Tun Dr Mahathir hanya sekadar menyebut beberapa pilihan mengenai Malaysia Airlines yang dikemukakan (kepada beliau). Beliau bukannya menyebut untuk menutup Malaysia Airlines,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dana Pembiayaan Pembangunan Mapan Bank Pembangunan Malaysia Bhd di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Lim berharap penjelasan itu dapat memberi jaminan kepada para pekerja syarikat penerbangan negara itu mengenai masa depan mereka.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

MAS akan terus rugi kerana pengurusan tak cerdik: Nufam

Iklan

Tutup MAS: Kerajaan timbang semua kemungkinan

Pada Selasa, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, kerajaan akan mengkaji pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan MAB.

"Saya rasa ia merupakan keputusan yang amat serius untuk menutup syarikat penerbangan negara itu. Kita akan mengkaji situasi itu sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula. Ini semua pilihan dan terserah kepada kerajaan untuk putuskannya,” kata Dr Mahathir.

MAB yang diswastakan di bawah Khazanah National Bhd (Khazanah), mengalami kerugian lebih rendah pada tahun lepas disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan anak kapal pada separuh kedua 2018.

Khazanah yang juga syarikat pelaburan strategik kerajaan, telah menyuntik dana sebanyak RM6 bilion ke dalam MAB bagi membantu syarikat penerbangan itu kembali meraih keuntungan selepas terjejas akibat faktor termasuk penyusutan nilai ringgit dan kenaikan harga bahan api pesawat. - Bernama