Tanah runtuh, Jalan Jimah - Sendayan ditutup
Iklan
PORT DICKSON - Jalan Jimah Lama - Sendayan menuju ke Port Dickson berhampiran Bayu Sutera, di sini ditutup kedua-dua arah untuk semua kenderaan berikutan tanah runtuh.
Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedari anggota bantuan banjir di kawasan berkenaan ketika sedang melakukan pemantauan.