Semak semula kelayakan ahli Kabinet: Ka Siong
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan PH disaran agar menyemak semula kelayakan akademik ahli Kabinet bagi mengelak berulangnya lagi isu pemalsuan kelayakan sepertimana yang timbul sebelum ini.
Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, isu pemalsuan kelayakan akademik yang dikaitkan dengan beberapa ahli Kabinet menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia.
Iklan
Iklan
Malah katanya, yang paling utama adalah ia membabitkan isu intergriti yang sering dilaungkan oleh PH, yang berjanji mahu menjadikan Malaysia lebih baik berbanding pentadbiran BN dahulu.
"Saya minta kerajaan menyemak semulalah kelayakan seluruh ahli Kabinet supaya perkara ini tidak lagi mencalar nama baik negara.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi ijazah: Isu kelayakan akademik jadi sejarah pahit politik negara
"Kepimpinan melalui teladan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut diteruskan oleh PH, pamer intergriti bersama prinsip reformasi kerajaan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Iklan
Isu pemalsuan kelayakan akademik sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pemimpin PH antaranya Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahaya.
Bagaimanapun, Marzuki membuat pembetulan berhubung sijil pengajiannya, yang pada awalnya mengatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University of Cambridge, England, tetapi sehari selepas itu memperbetulkan kenyataannya bahawa ijazah diperolehinya dari Cambridge International University di Amerika Syarikat (AS).
Beberapa pemimpin PH lain turut didakwa dikaitkan dengan isu sama, antaranya sijil akademik dimiliki Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Dalam isu ini Guan Eng mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus mempersoalkan kelayakan akademiknya, sementara itu Zuraida pula menafikan bahawa beliau pernah mendakwa lepasan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, seandainya perkara ini berlaku di luar negara, pihak yang terpalit pasti akan memikul tanggungjawab itu dengan mengambil keputusan meletakkan jawatan.
"Menteri Kesihatan Sepanyol Carmen Montón telah meletakkan jawatan selepas didapati menipu memiliki Ijazah sarjana," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>