Darren terkandas

Iklan
Darren. - Foto Badminton Photo

PEMAIN perseorangan negara Liew Darren gagal meneruskan kemaraan dalam Kejohanan Dunia di Huelva Sepanyol apabila tewas 7-21, 17-21 kepada pemain India, Prannoy Haseena Sunil Kumar dalam tempoh 42 minit pada Rabu.

Set pertama menyaksikan segalanya tidak menjadi buat Darren yang juga pemain ranking ke-35 dunia apabila tewas mudah 7 – 21 kepada pemain ranking ke-30 dunia itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Darren kembali bangkit mempamerkan aksi bertenaga pada set kedua dan berjaya memberikan tentangan sengit kepada Prannoy H.S.

Namun tentangan sengit itu dilihat gagal menyekat Prannoy yang mencatatkan kemenangan 21-17 pada set kedua.

Iklan
Iklan