27 pekerja asing ditahan imigresen

Iklan
Seramai 27 pekerja asing ditahan dalam operasi terbabit.

SUNGAI PETANI- Seramai 27 pekerja asing ditahan termasuk warga Myanmar, Nepal dan wanita Indonesia serta Kemboja dalam Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Belanja Jabatan Imigresen Kedah.

Pengarah Imigresen Negeri, Zuhair Jamaludin, berkata, kesemua mereka berumur lingkungan 21 sehingga 46 tahun ditahan di pelbagai premis perniagaan sekitar Sungai Petani.